Sunday, September 13, 2009

TUTORIAL ZOOM A



Tutorial Zoom A telah diadakan pada 23 - 26 Ogos 2009 di SJK (C) Gua Musang. Kelas tutorial ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang dalam projek FS schoolnet di sekolah ini. Ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran interaktif internet yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Ia mendapat sambutan baik daripada pelajar. Seramai 28 orang pelajar telah menghadiri kelas ini. Akan datang, lebih banyak aktiviti yang berasaskan ICT bakal dijalankan di sekolah ini untuk mencapai matlamat kerajaan bagi melahirkan generasi masyarakat yang celik ICT.

0 comments:

Post a Comment