Tuesday, September 29, 2009

JAMUAN HARI RAYA MERIAH....

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS PENYERAHAN TOPENG MUKA CEGAH H1N1



Pada 10 Sept 2009 telah berlangsung satu majlis ringkas penyerahan 'face mask' cegah wabak H1N1. Pengerusi Kelab HASH Gua Musang telah menyerahkan 1700 keping topeng muka kepada Guru Besar SJKC Gua Musang untuk kegunaan warga sekolah. Ia menunjukkan keprihatinan masyarakat kita tentang bahaya wabak H1N1.

TUTORIAL ZOOM A



Tutorial Zoom A telah diadakan pada 23 - 26 Ogos 2009 di SJK (C) Gua Musang. Kelas tutorial ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang dalam projek FS schoolnet di sekolah ini. Ia adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pembelajaran interaktif internet yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Ia mendapat sambutan baik daripada pelajar. Seramai 28 orang pelajar telah menghadiri kelas ini. Akan datang, lebih banyak aktiviti yang berasaskan ICT bakal dijalankan di sekolah ini untuk mencapai matlamat kerajaan bagi melahirkan generasi masyarakat yang celik ICT.